Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Senaman Cergas 1Kenyalang satukan komuniti, semarak gaya hidup sihat di Kuching
  • KESIHATAN

Senaman Cergas 1Kenyalang satukan komuniti, semarak gaya hidup sihat di Kuching

Utusan Sarawak 13 hours ago
 SIDANG media penganjuran Senaman Cergas 1Kenyalang di Kuching.

KUCHING: Program Senaman Cergas 1Kenyalang bakal mencetus fenomena baharu dalam landskap kecergasan komuniti di Sarawak apabila menghimpunkan pelbagai elemen senaman dalam satu platform.

Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman, acara tersebut merupakan inisiatif signifikan yang menggabungkan aerobik, aerodance dan Zumba dalam satu program yang inklusif.

“Gabungan tiga elemen kecergasan ini menjadikan acara lebih bertenaga, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

“Penganjuran bersama program Pagi Tanpa Kenderaan Edisi Petra Jaya serta Festival WAK Kuching 2026 memberi nilai tambah kepada acara tersebut.

“Ia bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah menghidupkan ruang bandar sebagai kawasan komuniti yang aktif, mesra keluarga dan mesra alam,” katanya.

RAKAMAN gambar kenangan sidang media penganjuran Senaman Cergas 1Kenyalang, Kuching.

Beliau berkata demikian dalam sidang media penganjuran Senaman Cergas 1Kenyalang yang diwakili Timbalan Pengarah Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dayang Elena Maria berkata, program tersebut dijangka menarik lebih 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Senaman Cergas 1Kenyalang bukan sekadar aktiviti kecergasan, tetapi platform untuk meraikan perpaduan, gaya hidup sihat dan semangat komuniti.

“Acara ini akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman bagi memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan kepada peserta.

“Kami berharap program ini dapat berkembang sebagai acara kecergasan komuniti ikonik yang mencerminkan semangat Sarawak yang aktif, inklusif dan bersatu,” ujarnya.

Untuk rekod, Senaman Cergas 1Kenyalang akan diadakan bersempena program Pagi Tanpa Kenderaan Edisi Petra Jaya dan WAK Kuching Festival 2026 dengan yuran penyertaan RM25 (bersama baju-T) dan RM12 (tanpa baju-T), manakala pendaftaran ditutup pada 10 September 2026.

Acara tersebut turut menawarkan cabutan bertuah serta berpotensi diperluaskan ke bandar lain seperti Sibu dan Miri pada masa akan datang.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Orang ramai disaran manfaatkan saringan kesihatan percuma, langkah awal cegah NCD
Next: Kehamilan sihat permulaan terbaik buat si manja 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.