Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia – Fahmi
  • SUKAN

RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia – Fahmi

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.

Beliau berkata kejohanan itu akan disiarkan di pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT (platform penstriman) menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh.

“Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda. Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri ,di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak serta Ketua Pengarah RTM Ashwad Ismail.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata program Grandstand akan diterbitkan dari Angkasapuri dengan penyampaian utama dalam bahasa Melayu serta sebahagian dalam bahasa Inggeris, manakala perkembangan terkini mengenai kejohanan itu turut dikongsikan melalui program Selamat Pagi Malaysia.

“Selain itu, acara tontonan umum akan dianjurkan di lokasi terpilih secara sederhana bagi meningkatkan keterlibatan peminat,” katanya.

Beliau berkata beberapa penaja utama bagi menjayakan usaha itu telah dikenal pasti dan sedang dimuktamadkan, dengan pengumuman dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai kos, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata kerajaan memperuntukkan RM24 juta yang telah diluluskan sebelum ini bagi tujuan berkenaan.

“Ada beberapa elemen termasuk tajaan daripada pihak yang berkaitan dan kita akan umumkan tajaan ini dalam masa yang terdekat. Tapi di pihak kerajaan yang dibelanjakan adalah RM24 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan kepentingan pematuhan terhadap peraturan anti-cetak rompak bagi semua kandungan berkaitan sukan berkenaan.

“Semua pihak diseru untuk memainkan peranan secara bertanggungjawab dan tindakan penguatkuasaan akan terus diperkukuh terhadap sebarang pelanggaran,” katanya yang berharap kejohanan itu dapat menyatukan rakyat melalui semangat kesukanan dan kebersamaan.

Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada dengan aksi pembukaan berlangsung di Mexico City (Mexico) pada 11 Jun ini, manakala acara final dijadual berlangsung di New Jersey (AS) pada 19 Julai.- Bernama

Continue Reading

Previous: SIMBC 2026 perkukuh kedudukan Kuching di pentas sukan antarabangsa
Next: Kontinjen bola keranjang Sri Aman terima suntikan semangat ke MSS Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.