Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir di sembilan negeri hingga 5.00 petang ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir di sembilan negeri hingga 5.00 petang ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 5.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan negeri Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Pulau Pinang.

Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Melaka.

Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang

Di Sabah pula, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh agenda ekonomi data, teroka kerjasama AI dan aeroangkasa di UK
Next: Sarawak sasar bina satelit pertama, teroka kerjasama teknologi tinggi UK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.