Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa sepanjang 1.22 meter ditangkap APM Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sawa sepanjang 1.22 meter ditangkap APM Marudi

Utusan Sarawak 15 hours ago
ANGGOTA APM Marudi dari Skuad Bravo berjaya menangkap ular sawa di Lorong 5A Warung Wizi Kampung Pemindahan. Foto APM Marudi

MARUDI: Seekor ular sawa sepanjang kira-kira 1.22 meter berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi di Lorong 5A, berhampiran Warung Wizi, Kampung Pemindahan di sini pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang meminta bantuan untuk menangkap reptilia tersebut.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan pada 8.44 pagi, anggota APM dari Skuad Bravo bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada 8.47 pagi, dengan kekuatan empat anggota yang diketuai oleh L/Kpl (PA) Kamil Tahir.

Setibanya di lokasi, Skuad Bravo menjalankan operasi dan berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan khas.

Skuad Bravo kemudian kembali ke PKOD selepas selesai menjalankan operasi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas terima khabar duka, rumah runtuh ketika sertai program di Sabah
Next: Kaunter Unit Hasil, Rekod Perubatan Hospital Bintulu berpindah lokasi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.