Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO sahkan tujuh kes Hantavirus namun risiko kepada orang awam rendah
  • GLOBAL

WHO sahkan tujuh kes Hantavirus namun risiko kepada orang awam rendah

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin berkata tujuh kes Hantavirus dilaporkan di dalam kapal persiaran berbendera Belanda, Hondius, namun risiko keseluruhan kepada orang awam adalah rendah, lapor Xinhua.

Menurut laporan itu, sekumpulan penumpang yang mengalami penyakit pernafasan serius di atas kapal itu dilaporkan kepada WHO pada Sabtu.

Kapal itu membawa seramai 147 penumpang dan anak kapal.

Sehingga Isnin, tujuh kes dikenal pasti, termasuk dua kes disahkan melalui ujian makmal dan lima kes disyaki.

Kes merangkumi tiga kematian dengan seorang dalam keadaan kritikal manakala tiga individu dengan simptom ringan.

Kes dilaporkan antara 6 hingga 28 April, dengan gejala termasuk demam, simptom gastrousus, perkembangan cepat kepada pneumonia, sindrom gangguan pernafasan akut dan kejutan.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Wabak ini sedang diurus melalui tindak balas antarabangsa yang diselaraskan, termasuk siasatan terperinci, pengasingan dan rawatan kes, pemindahan perubatan dan ujian makmal, menurut agensi di bawah PBB itu.

Jangkitan hantavirus pada manusia biasanya berlaku melalui sentuhan dengan air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti.

Ia adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi serius dan boleh membawa maut.

Walaupun jarang berlaku, penularan antara manusia pernah dilaporkan dalam wabak terdahulu melibatkan virus Andes, sejenis hantavirus.

Berdasarkan maklumat yang ada, WHO menilai risiko kepada populasi global daripada kejadian ini sebagai rendah dan akan terus memantau situasi epidemiologi serta mengemas kini penilaian risiko.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Dua cedera dalam runtuhan serac di Gunung Everest
Next: April terpanas dalam sejarah, Sepanyol catat rekod baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.