Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pasangan Jerman mengaku curi wang meter parkir RM9.69 juta
  • GLOBAL

Pasangan Jerman mengaku curi wang meter parkir RM9.69 juta

Utusan Sarawak 13 hours ago
PASANGAN suami isteri mengaku bersalah mencuri hampir €1.9 juta (RM9.69 juta) daripada meter parkir di selatan Jerman. Foto AGENSI

MUNICH: Sepasang suami isteri yang sedang dibicarakan kerana didakwa mencuri hampir €1.9 juta (RM9.69 juta) daripada meter parkir di selatan Jerman, membuat pengakuan penuh di mahkamah pada hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya telah mengecewakan ramai orang. Saya amat menyesali perbuatan saya,” akui suami berusia 40 tahun itu dalam nada sebak di mahkamah wilayah di Kempten, berhampiran sempadan Austria.

Beliau menyatakan bahawa semua pertuduhan terhadapnya adalah benar dalam segala aspek.

Pihak pendakwaan berkata bekas kakitangan perbandaran itu ‘menyedut’ dana berkenaan dalam tempoh sedekad dengan bantuan isterinya yang berusia 39 tahun.

Pasangan itu, yang berada dalam tahanan reman sejak November tahun lepas, berdepan pertuduhan mencuri secara komersial yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

Lelaki berkenaan yang bertanggungjawab mengosongkan mesin tiket parkir, didakwa bersama isterinya memasukkan wang syiling berkenaan ke dalam akaun peribadi dan menukarkannya kepada baucar pasar raya.

Dalam 335 kes antara 2020 hingga 2025, mereka didakwa mencuri sejumlah €1.34 juta (RM6.83 juta).

Terdapat lebih 500 lagi kes kecurian yang dikesan sejak 2015, namun ia berada di luar tempoh statut had masa dan tidak boleh didakwa.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa sedang berusaha untuk merampas hasil daripada kes-kes berkenaan yang berjumlah hampir €584,000 (RM2.98 juta).- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Bekas PM Korea Selatan, Lee Hong-Koo meninggal dunia pada usia 92 tahun
Next: Dua cedera dalam runtuhan serac di Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.