Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM arah kadar sewa premis perniagaan milik agensi Persekutuan diturunkan
  • NASIONAL

PM arah kadar sewa premis perniagaan milik agensi Persekutuan diturunkan

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Seri Anwar arah sewa premis kerajaan diturunkan bagi ringankan beban peniaga kecil akibat kos meningkat.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Bhd diturunkan mulai bulan ini bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

Beliau berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang turut terkesan akibat krisis bekalan global ketika ini.

“Kebanyakan kedai ini dimiliki oleh syarikat atau agensi kerajaan seperti MARA dan UDA… mulai bulan ini, kadar sewa di semua premis perniagaan mereka akan dikurangkan, dan perinciannya diumumkan mengikut daerah dalam masa terdekat,” katanya pada Sidang Media Krisis Bekalan Global di sini hari ini.

Anwar juga berkata meneladani inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah menurunkan kadar sewaan premis miliknya, beliau menyeru agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mengambil pendekatan sama mulai bulan ini.

“Ini memang di bawah bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri namun saya menggesa supaya ia dilaksanakan segera bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh peniaga dan penjaja,” katanya.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selepas kerajaan mengambil kira keluhan peniaga kecil ketika beliau turun padang minggu lepas.

“Minggu lepas sebelum solat Jumaat, saya ke sebuah gerai di Rawang dan mendengar sendiri keluhan seorang peniaga mengenai peningkatan kos barangan.

“Walaupun peningkatan itu dilihat kecil, ia berlaku setiap minggu dan akhirnya memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.

“Perkara ini kemudian saya bawa ke MTEN bersama isu lain yang berkaitan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Program Jualan Rahmah diperluas setiap minggu di seluruh negara
Next: Bersederhana bawa barangan ke tanah suci bantu mudah pergerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.