Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 21 maut, 61 cedera dalam letupan kilang bunga api di tengah China
  • GLOBAL

21 maut, 61 cedera dalam letupan kilang bunga api di tengah China

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA bomba menyembur air di lokasi letupan sebuah kilang bunga api di Liuyang, di wilayah Hunan tengah China pada awal 5 Mei 2026. Satu letupan besar di sebuah kilang bunga api di tengah China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 61 yang lain, menurut media negara pada 5 Mei. Letupan itu berlaku kira-kira jam 4:43 petang pada 4 Mei di Syarikat Pembuatan dan Pameran Bunga Api Liuyang Huasheng di Liuyang, wilayah Hunan, lapor penyiar negara CCTV. Foto AFP

CHANGSHA, China: Letupan di sebuah kilang bunga api di wilayah Hunan, tengah China pada Isnin menyebabkan 21 maut dan 61 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa pada Selasa, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku kira-kira 4.43 petang Isnin di kilang milik syarikat pembuatan dan pertunjukan bunga api Huasheng di Liuyang, sebuah bandar peringkat daerah di bawah pentadbiran Changsha, ibu negeri Hunan.

ANGGOTA bomba menyembur air di lokasi letupan sebuah kilang bunga api di Liuyang, di wilayah Hunan tengah China pada awal 5 Mei 2026. Foto AFP

Lebih 480 anggota penyelamat dalam lima pasukan telah digerakkan untuk operasi menyelamat, dengan tiga robot penyelamat turut dikerahkan.

Setakat 8.00 pagi Selasa, pasukan penyelamat telah mengesahkan jumlah korban selepas pusingan pertama operasi pencarian. Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan pusingan kedua operasi pencarian sedang dijalankan.

Individu yang bertanggungjawab terhadap syarikat itu telah ditahan polis dan punca kejadian sedang disiasat. – BER Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Asia berdepan ancaman ‘El Nino Super’ ketika masih bergelut konflik Asia Barat
Next: LinkedIn berdepan aduan berhubung penjualan data pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.