Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiga isu menarik Liga Perdana Inggeris hujung minggu
  • SUKAN

Tiga isu menarik Liga Perdana Inggeris hujung minggu

Utusan Sarawak 14 hours ago

Manchester City diikat Everton 3-3 sekali gus memberi kelebihan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan. Foto AFP

LIVERPOOL: Perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris kini kembali memihak kepada Arsenal selepas Manchester City tercicir dalam keputusan seri 3-3 menentang Everton.

Arsenal sebelum itu melakukan tugas mereka dengan menewaskan Fulham 3-0.

Di kelompok bawahan pula, Tottenham Hotspur mencuri tumpuan apabila berjaya keluar dari zon penyingkiran.

Berikut tiga tumpuan utama aksi hujung minggu:

Kelebihan memihak Arsenal

City bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk mengikat Everton, namun kelemahan pertahanan mereka pada babak kedua menimbulkan persoalan besar.

Sebaliknya, Arsenal kendalian Mikel Arteta semakin mantap, terutama selepas kemenangan ke atas Fulham.

Kehadiran semula Bukayo Saka dalam kesebelasan utama menyuntik sengat jentera serangan, dengan tiga gol berjaya dihasilkan buat kali pertama dalam 16 perlawanan.

Kini, Arsenal hanya perlu menewaskan West Ham United, Burnley dan Crystal Palace untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan liga.

Tottenham bangkit dari krisis

Tottenham akhirnya menemui rentak selepas sekian lama kemarau kemenangan.

Tottenham bangkit menewaskan Aston Villa untuk keluar dari zon penyingkiran. Foto AFP

Pengendali Roberto De Zerbi percaya kemenangan tipis sebelum ini menjadi titik perubahan, dan ia terbukti apabila Spurs menewaskan Aston Villa 2-1.

Kemenangan itu membolehkan Tottenham memintas West Ham United dan keluar dari zon penyingkiran dengan tiga perlawanan berbaki.

Carrick layak kekal di United?

Michael Carrick berjaya mencapai sasaran membawa Manchester United kembali ke Liga Juara-Juara.

Michael Carrick berjaya membawa Manchester United kembali ke Liga Juara-Juara. Foto AFP

United mengesahkan kedudukan lima teratas selepas menewaskan Liverpool 3-2.

Walaupun mencatat 10 kemenangan daripada 14 perlawanan, persembahan United masih belum benar-benar meyakinkan.

Carrick kini muncul calon utama untuk kekal sebagai pengurus tetap, meskipun nama seperti Andoni Iraola dan Julian Nagelsmann turut dikaitkan. – AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal di depan, City tercicir
Next: Pearly intai peluang untuk beraksi pada Kejohonan Masters Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.