Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Gerai biasa, rasa luar biasa, Nasi Lemak Berlauk SOS tarik perhatian
  • RENCANA

Gerai biasa, rasa luar biasa, Nasi Lemak Berlauk SOS tarik perhatian

Utusan Sarawak 11 hours ago
NAMPAK biasa tetapi kesedapan Nasi Lemak Berlauk SOS luar biasa.

KUCHING: Terletak berhadapan Hilton Kuching di Jalan Borneo, sebuah gerai nasi lemak tampil mencuri perhatian dengan keunikan tersendiri menerusi hidangan Nasi Lemak Berlauk SOS yang kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

Mengangkat konsep nasi lemak berlauk, keistimewaan hidangan ini terletak pada sambalnya.

Walaupun pada asasnya nasi lemak berlauk kelihatan sama, mereka yang pernah merasai versi ini, pasti mengetahui perbezaannya.

Sambal tersebut dihasilkan daripada resepi istimewa yang menjadi rahsia gerai ini, menghasilkan gabungan rasa pedas, manis dan berempah yang memikat selera.

CHOPIE menunjukkan pilihan lauk mengikut kesukaan pelanggan seperti ayam masak merah, ayam berempah, kari, rendang, sotong sambal dan kerang kari.

Selain itu, pilihan lauk yang pelbagai turut menjadi tarikan utama, mengikut kesukaan pelanggan seperti ayam masak merah, ayam berempah, kari, rendang, sotong sambal dan kerang kari.

Setiap hidangan disediakan segar bagi memastikan kualiti dan kepuasan pelanggan sentiasa terjaga.

Menurut pemilik Star On Stage (SOS) Chopie, gerai Nasi Lemak Berlauk SOS, antara kelebihan utama gerai ini adalah waktu operasinya pada sebelah malam, menjadikannya pilihan sesuai bagi mereka yang mencari hidangan berat selepas waktu bekerja.

Pelanggan juga boleh memilih untuk tapau atau menikmati makanan di lokasi, sama ada di ruang makan dalam yang kondusif dan berhawa dingin atau di bahagian luar yang santai.

NASI Lemak Rendang.

Gerai yang beroperasi di hadapan Star on Stage (SOS) ini dibuka setiap hari bermula 4.00 petang hingga 1.00 pagi, dengan pesanan terakhir pada 12:30 tengah malam, kecuali

Isnin.

Chopie turut menjelaskan pemilihan lokasi gerai di bahagian luar SOS adalah strategi untuk menarik perhatian orang ramai.

Reka letak tersebut juga memberi persepsi eksklusif kepada kawasan berkenaan tanpa meletakkan harga yang tinggi.

“Walaupun berada berhadapan hotel lima bintang, kami masih mengekalkan harga mampu milik supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hidangan ini,” katanya.

SELAIN Nasi Lemak Berlauk, Star On Stage (SOS) turut menyediakan hidangan kuetiau goreng dan chickhen chop.

Tambah menarik, pengunjung yang datang bukan sahaja boleh menikmati nasi lemak berlauk, malah turut berpeluang berhibur dengan kemudahan pentas dan karaoke yang disediakan.

Tinjauan mendapati gerai ini sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pada waktu malam.

Rata-rata pelanggan menyifatkan hidangan tersebut bukan sahaja enak, malah berbaloi dengan pilihan lauk yang pelbagai.

Dengan lokasi strategik, konsep santai serta menu yang unik, Nasi Lemak Berlauk SOS ‘Chopie Cakap’ dilihat berpotensi menjadi antara tarikan makanan popular di sini, sekali gus memperkaya variasi hidangan nasi lemak tempatan.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Baja organik medium karya seni unik Ammar Idris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.