Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Nabila Huda raih trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian Boh Ke-21
  • HIBURAN

Nabila Huda raih trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian Boh Ke-21

Utusan Sarawak 15 hours ago
NABILA Huda mencipta detik peribadi apabila merangkul trofi sulung dalam dunia teater selepas dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA). Foto Agensi

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Nabila Huda mencipta detik peribadi apabila merangkul trofi sulung dalam dunia teater selepas dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA) yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), dekat sini semalam.

Nabila meraih pengiktirafan itu menerusi watak Malam dalam pementasan Masmoona, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam perjalanan seninya yang masih baharu dalam bidang teater.

“Sejujurnya saya memang tidak sangka. Saya masih baharu dalam dunia teater dan sangat menghormati mereka. Setiap kali bersama-sama mereka, saya kagum dengan bakat mereka.

“Saya selalu rasa diri ini kecil kerana kemampuan mereka menyanyi dan menari jauh lebih hebat. Bila lihat senarai pencalonan tadi, saya rasa persembahan saya sangat jauh ketinggalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain Masmoona, beliau turut membintangi teater Visits terbitan Dramalab arahan Ida Nerina bersama-sama dengan Sofia Jane dan Nadia Aqilah yang turut tercalon dalam beberapa kategori. 

Bagi kategori lakonan, Ileana Matin memenangi Pelakon Utama Terbaik (Teater Muzikal) menerusi School of Rock, The Musical, manakala pelakon dari Scotland, Kingsley Judd memenangi Pelakon Utama Terbaik (Teater) menerusi watak Edward dalam Someone Who’ll Watch Over Me.

Sementara itu, dua naskah iaitu  Fragments of Tuah oleh Five Arts Centre dan Setanggi Tari Melayu 2025 – Quintessential Malay Dance oleh ASK Dance Company diumumkan sebagai pemenang kategori utama Persembahan Terbaik 2025.

Kedua-dua karya itu mengatasi finalis lain termasuk A Salute to Cinema, Animal Farm, TEWAS: No Light at the End of the Tunnel dan Visits.

Dalam pada itu, Anugerah Sepanjang Hayat diberikan kepada Prof Dr Mohd Anis Md Nor sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada seni zapin dan dunia seni persembahan Malaysia.

Sebanyak 40 kategori dipertandingkan pada edisi kali ini, melibatkan 81 penyertaan merangkumi teater, tarian, muzik dan teater muzikal, dengan 44 produksi dicalonkan.

Setiap penyertaan dinilai oleh panel juri merentasi disiplin persembahan, kreatif dan teknikal bagi mengiktiraf karya yang menampilkan inovasi, integriti serta pendekatan baharu.

Mengangkat tema “COLLABeyond: Cipta Bersama Masa Depan”, penganjuran kali ini memberi penekanan kepada usaha kolaboratif dalam membina masa depan seni pada era perubahan teknologi dan sosial yang pesat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cuba genre seram, Sarimah cabar bakat lakonan
Next: Jalil Hamid luah hasrat miliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan – Anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.