Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lori 1.5 tan terbakar di Jalan Jee Foh Utama, pekerja sempat padam api awal
  • Utara
  • WILAYAH

Lori 1.5 tan terbakar di Jalan Jee Foh Utama, pekerja sempat padam api awal

Utusan Sarawak 1 day ago
MUSNAH…Sebuah lori musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Jee Foh Utama 5, di Miri, hari ini. Foto BBP Miri Sentral.

MIRI: Sebuah lori 1.5 tan musnah di bahagian hadapan selepas terbakar dalam kejadian di Jalan Jee Foh Utama 5, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 11.05 pagi sebelum anggota dari BBP Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang terbakar 100 peratus di bahagian hadapan.

“Seorang pekerja telah melakukan tindakan pemadaman awal menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan bomba.

“Pasukan kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi berjaya dikawal pada 11.17 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada 11.32 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: RTP ubah wajah luar bandar di DUN Krian, tingkat kualiti hidup penduduk
Next: Kanak-kanak hilang ditemui selamat, solidariti warga Sri Aman wajar dipuji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.