Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MTMD Miri perkukuh sinergi agensi bendung ancaman dadah semakin kompleks
  • Utara
  • WILAYAH

MTMD Miri perkukuh sinergi agensi bendung ancaman dadah semakin kompleks

Utusan Sarawak 12 hours ago
GALONG Luang berharap setiap keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan demi memastikan usaha membanteras dadah di Bahagian Miri terus diperkukuh. Foto: UKAS

MIRI: Bahagian Miri terus memperkukuh tindakan bersepadu dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Miri Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri, hari ini.

Menurut Residen Bahagian Miri, Galong Luang, ancaman dadah kini semakin mencabar dengan peningkatan nilai rampasan, khususnya melibatkan methamphetamine (syabu), selain kemunculan dadah sintetik baharu seperti furanyl fentanyl yang dikesan memasuki pasaran negara.

Beliau berkata, sindiket pengedaran dadah kini menggunakan modus operandi yang lebih licik, termasuk penyeludupan rentas sempadan dan eksploitasi platform digital, sekali gus menuntut kerjasama yang lebih menyeluruh antara semua pihak.

“Sinergi strategik antara agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti perlu terus diperkukuh melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan aspek pencegahan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dan penglibatan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, MTMD berperanan sebagai platform utama dalam menyelaras dasar, strategi dan program membanteras dadah di peringkat bahagian sebelum dibawa ke peringkat negeri.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan pelbagai kertas pertimbangan dan makluman, termasuk pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri serta laporan statistik penguatkuasaan daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pejabat daerah.

Galong berharap setiap keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan demi memastikan usaha membanteras dadah di Bahagian Miri terus diperkukuh.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gereja St Ann terima peruntukan RM100,000 bina parkir baharu
Next: RTP ubah wajah luar bandar di DUN Krian, tingkat kualiti hidup penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.