Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis perhebat siasatan kes langgar lari maut libatkan penunggang basikal di Jalan Stutong
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis perhebat siasatan kes langgar lari maut libatkan penunggang basikal di Jalan Stutong

Utusan Sarawak 18 hours ago
ALEXSON menggesa pemandu yang terlibat supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

KUCHING: Polis memperhebat siasatan berhubung insiden langgar lari yang mengorbankan seorang penunggang basikal di Jalan BDC Stutong di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan bagi mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.

“Kami menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari rakaman CCTV yang mungkin merakam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis turut menghubungi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi mendapatkan kerjasama dalam memperoleh rakaman berkaitan.

Mangsa yang berumur 56 tahun disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti ketika sedang berbasikal menuju ke Saradise.

Menurut rakan mangsa, mereka merancang untuk berbasikal bersama selepas bersarapan di Saradise pada pagi kejadian.

Sehubungan itu, Alexson menggesa pemandu yang terlibat supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pasar Gawai Dayak Bintulu tonjolkan keunikan budaya dan peluang ekonomi belia Dayak
Next: Perpaduan kunci kelangsungan komuniti Cina di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.