
BERLIN: Seorang juruterbang berusia 72 tahun maut dalam nahas pesawat luncur di Jerman di barat daya Hanover, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Punca kemalangan, yang berlaku pada petang semalam di daerah Hameln-Pyrmont di Lower Saxony, masih tidak jelas, kata jurucakap polis.
Pesawat luncur itu melayang turun di kawasan terpencil di sepanjang rabung selepas berlepas dari lapangan terbang berhampiran.
Operasi menyelamat masih dijalankan pada sebelah petang. Pasukan penyelamat gunung dan bomba berada di tempat kejadian, kata polis. – Bernama