Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pekit Betabuh (Ngajat) terbuka platform perkasa budaya Dayak di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Pekit Betabuh (Ngajat) terbuka platform perkasa budaya Dayak di Sibu

Utusan Sarawak 14 hours ago
WARISAN budaya Dayak terus dipelihara melalui penganjuran Pekit Betabuh (Ngajat) Terbuka di Sibu.

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu melalui Biro Kesenian dan Kebudayaan akan menganjurkan Pekit Betabuh (Ngajat) Terbuka pada 16 Mei ini di Permai Lake Garden FoodCourt (Lakeside), Permai, di sini.

Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan SDNU Sibu, Anyie Angking berkata, penganjuran pertandingan itu merupakan usaha berterusan dalam memelihara serta memperkasakan adat resam dan seni budaya masyarakat Dayak, khususnya seni paluan muzik tradisional (betabuh) dan tarian ngajat.

Menurutnya, pertandingan bertemakan ‘Neguhka Pesaka, Negapka Adat’ itu bukan sekadar mengejar kejuaraan, sebaliknya menjadi platform memastikan warisan nenek moyang terus hidup dan relevan dalam kalangan generasi muda.

“Program ini memberi ruang kepada bakat baharu untuk mengetengahkan kebolehan mereka di samping menyemarakkan lagi kecintaan terhadap seni budaya tradisional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pertandingan yang dijadual berlangsung dari 6.30 petang hingga 10.30 malam itu terbuka kepada komuniti Dayak di sekitar Sibu.

KETUA Biro Kesenian dan Kebudayaan SDNU Sibu, Anyie Angking.

Setiap kumpulan tidak melebihi lima peserta, terdiri daripada empat pemain muzik (betabuh) dan seorang penari sama ada lelaki atau perempuan.

Bagaimanapun, juara Betabuh 2025 tidak dibenarkan menyertai pertandingan kali ini bagi memberi peluang kepada peserta baharu.

Penganjur menawarkan hadiah berupa piala, sijil dan wang tunai dengan juara bakal membawa pulang RM900, tempat kedua RM700 dan ketiga RM500, selain lima hadiah saguhati berserta sijil penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Mei ini dan borang boleh didapati di Dayun Cafe, Taman Selera Muhibah, Jalan Wong Soon Kai.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Anyie di talian 013-8126382 atau Sammy Dennis di 019-8278103 untuk maklumat lanjut.

Anyie turut mengajak warga Sibu hadir memeriahkan acara berkenaan serta memberi sokongan kepada para peserta.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bantuan projek pintu bukti keprihatinan kerajaan terhadap komuniti luar bandar
Next: Program Pra-Gawai hari ke-11 dekati komuniti Sungai Galan dan Sungai Baron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.