
ABU DHABI: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Am mengumumkan penyambungan semula sepenuhnya operasi navigasi udara seperti biasa dalam ruang udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta penarikan balik langkah berjaga-jaga sementara, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Keputusan itu dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap keadaan operasi dan keselamatan serta melalui penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan. Pemantauan berterusan secara masa nyata masih dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan tertinggi.
Pihak berkuasa itu turut merakamkan penghargaan atas kerjasama penumpang dan syarikat penerbangan sepanjang tempoh langkah berjaga-jaga berkenaan serta mengesahkan kesediaan pasukan teknikal dan operasinya untuk bertindak balas terhadap sebarang perkembangan baharu.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi. – Bernama