Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran 11 hari di timur laut Jepun, 1,633 hektar musnah
  • GLOBAL

Kebakaran 11 hari di timur laut Jepun, 1,633 hektar musnah

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBUAH helikopter Pasukan Pertahanan Diri Jepun menjatuhkan air ke atas kebakaran berhampiran bandar Otsuchi di Wilayah Iwate pada 26 April 2026. Foto AFP

TOKYO: Kebakaran hutan di timur laut Jepun berjaya dikawal selepas 11 hari, memusnahkan 1,633 hektar kawasan iaitu kawasan kedua terbesar yang terbakar dalam tempoh lebih 30 tahun, menurut pegawai tempatan dan agensi bomba hari ini, lapor Agensi Berita Kyodo.

Sebanyak lapan bangunan musnah dalam kebakaran yang bermula pada 22 April lepas di Otsuchi, Wilayah Iwate, menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

“Kami telah dimaklumkan bahawa keadaan boleh diklasifikasikan sebagai “terkawal” selepas melawat kawasan berkenaan bersama pihak berkuasa bomba.

“Namun, kami akan terus berwaspada kerana terdapat kemungkinan sisa bara api masih ada,” kata Datuk Bandar Kozo Hirano.

Wilayah itu mengalami hujan berterusan dan perintah pemindahan telah ditarik balik awal minggu ini.

Tahun lepas, kebakaran hutan besar di Ofunato, juga di Wilayah Iwate, memusnahkan kira-kira 3,370 hektar kawasan bermula akhir Februari sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada awal April. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.7 landa wilayah Nara, Jepun – JMA
Next: Operasi trafik udara di UAE kembali normal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.