
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan puluhan lagi cedera pada Jumaat selepas sebuah bas pelancong terbalik di Nayarit, barat Mexico, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku berhampiran Amatlan de Canas di Nayarit apabila bas berkenaan terbabas dari jalan raya sebelum terbalik.
Pihak berkuasa pada awalnya melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang cedera.
Pejabat pendakwa raya Nayarit kemudian memaklumkan bahawa 11 orang maut, enam di lokasi kejadian dan lima lagi di hospital.
Unit kecemasan dikerahkan bagi membantu mangsa.
Pihak berkuasa Nayarit berkata mereka sedang menyelaras dengan pegawai di negeri Jalisco, tempat asal bas itu dan telah membuka siasatan terhadap kemalangan berkenaan.
Gabenor Nayarit Miguel Angel Navarro menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan supaya sumber digerakkan bagi merawat mereka yang cedera.- Bernama-Xinhua