Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SAINS, MoveNet teroka inovasi perdagangan digital Sarawak
  • TEMPATAN

SAINS, MoveNet teroka inovasi perdagangan digital Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran MoU antara Busiai Seman (dua kiri) dengan Steven Lim (dua kanan) pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara SAINS dan MoveNet Malaysia.

KUCHING: Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) menjalin kerjasama strategik dengan MoveNet Malaysia Sdn Bhd melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka peluang memperkukuh ekosistem perdagangan digital di Sarawak.

Kerjasama tersebut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka potensi pelaksanaan inisiatif Single Trade Window (STW) di Sarawak, selain meningkatkan kecekapan, ketelusan dan penyelarasan dalam proses berkaitan perdagangan.

Melalui MoU berkenaan, SAINS dan MoveNet Malaysia akan bekerjasama dalam pelbagai aspek termasuk perbincangan teknikal, perkongsian kepakaran serta mengenal pasti pendekatan terbaik bagi memudah cara perdagangan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda transformasi digital Sarawak.

“Melalui kerjasama ini, kami berhasrat memahami dengan lebih mendalam bagaimana penyelesaian digital dapat meningkatkan kemudahan perdagangan serta memperkukuh penyelarasan antara pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

MoU tersebut ditukar antara Busiai dan Naib Presiden Kanan MoveNet Malaysia, Steven Lim Kee Seng serta disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena PROTECT Sarawak 2026, iaitu persidangan antarabangsa mengenai privasi data dan kepercayaan digital.

Kerjasama ini turut dilihat sebagai langkah penting dalam mempercepatkan pembangunan ekonomi digital negeri serta memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab inovasi teknologi di rantau ini.

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak tekankan kekuatan pasukan pada kepelbagaian peranan
Next: 132 jemaah haji Sarawak berlepas ke Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.