Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Belia perlu dilengkapi ilmu, kemahiran dan kepimpinan hadapi dunia mencabar 
  • PENDIDIKAN

Belia perlu dilengkapi ilmu, kemahiran dan kepimpinan hadapi dunia mencabar 

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Dr Ripin Lamat semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Pemimpin Generasi Baharu: Jadi Pemimpin, Cipta Masa Depan Anda di sebuah hotel di Simanggang, semalam. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Golongan belia perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran serta nilai kepimpinan yang kukuh bagi menghadapi dunia yang semakin kompleks dan mencabar.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, anak-anak muda hari ini bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah harus memiliki daya tahan, integriti dan wawasan untuk menjadi pemimpin masa depan.

Menurutnya, usaha memperkasakan generasi muda perlu dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek pendidikan, kepimpinan, keusahawanan, kesihatan dan kebajikan sosial.

“Dunia hari ini menuntut kita melahirkan generasi yang berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan. Anak muda perlu bersedia dengan pelbagai kemahiran serta nilai kepimpinan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan Program Pemimpin Generasi Baharu: Jadi Pemimpin, Cipta Masa Depan Anda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di sebuah hotel di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang dan Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin.

ADUN Lingga berharap para pelajar yang menyertai program itu dapat membawa semangat kepimpinan dan daya saing dalam kehidupan seharian dan membina masa hadapan yang lebih cerah.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pemerkasaan dan Kesihatan Komuniti DUN Lingga, yang menyasarkan penyertaan kira-kira 100 pelajar sekolah menengah.

Ripin berkata, program tersebut menjadi platform awal untuk membentuk pelajar agar memiliki sifat kepimpinan, meningkatkan daya saing serta membuat persediaan menghadapi cabaran masa depan.

Beliau turut mengingatkan bahawa perjalanan pendidikan tidak berakhir selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya pelbagai peluang masih terbuka luas termasuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta mengikuti latihan kemahiran.

“Kerajaan menyediakan pelbagai program pembangunan modal insan, latihan kompetensi dan kursus kemahiran yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda untuk meningkatkan kebolehpasaran diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kepimpinan bukan sekadar memegang jawatan, tetapi melibatkan keupayaan membimbing, memberi inspirasi serta menjadi contoh kepada orang lain.

DR Ripin merakam kenangan bersama para pelajar sekolah menengah dan guru pengiring selepas program berakhir.

Tambahnya, pendekatan kepimpinan kontemporari yang diterapkan sepanjang program oleh sukarelawan Sijil Profesional Kepimpinan Kontemporari (PCCL) turut membantu membentuk keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Beliau berharap para pelajar yang menyertai program itu dapat membawa semangat kepimpinan dan daya saing ke dalam kehidupan seharian serta terus berusaha menimba ilmu demi masa depan yang lebih cemerlang.

Ripin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program berkenaan, sekali gus menyokong pembangunan generasi muda di kawasan DUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Hari Pendidikan Khas PPD Meradong platform serlah potensi pelajar istimewa
Next: Kolej Komuniti Kuching perkasa pelajar OKU dalam bidang jahitan, fesyen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.