Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kursus pengenalpastian spesies, teknik pembiakan perkasa industri buluh Sarawak
  • TEMPATAN

Kursus pengenalpastian spesies, teknik pembiakan perkasa industri buluh Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
PESERTA merakamkan foto kenang-kenangan di Plot Percubaan Buluh PUSAKA, Sabal selepas berjaya menamatkan kursus.

SERIAN: Seramai 27 peserta daripada pelbagai sektor berjaya menamatkan Kursus Pengenalpastian Spesies Buluh dan Teknik Pembiakan Buluh Sarawak Siri 1 yang berlangsung selama dua hari pada 28 hingga 29 April lalu.

Program anjuran kolaboratif Seksyen Buluh dan Karbon bersama Seksyen Pembangunan Kemahiran Industri PUSAKA itu dilaksanakan bagi menyokong aspirasi kerajaan dalam membangunkan industri buluh yang mampan serta tersusun di Sarawak.

Kursus berkenaan menghimpunkan sembilan kakitangan PUSAKA dan 18 peserta jemputan terdiri daripada komuniti setempat, wakil institusi pengajian tinggi serta agensi kerajaan berkaitan.

Inisiatif tersebut bertujuan memperkasakan kemahiran teknikal peserta dalam mengenal pasti spesies buluh tempatan selain menguasai kaedah pembiakan yang berpotensi untuk pasaran komersial.

Hari pertama latihan berlangsung di Roxy Hotel, Serian dengan memberi tumpuan kepada aspek teori menerusi tiga slot utama iaitu pengenalan kepada buluh, kaedah pengenalpastian spesies serta teknik pembiakan.

PESERTA dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membentangkan hasil dapatan berdasarkan sesi teori dan amali.

Peserta turut didedahkan dengan ciri-ciri morfologi penting seperti struktur batang, daun dan rebung yang menjadi asas dalam menentukan identiti sesuatu spesies buluh.

Pada hari kedua, latihan diteruskan melalui sesi amali di Tapak Semaian Buluh PUSAKA Sabal serta Plot Percubaan Buluh Sabal bagi memantapkan pemahaman peserta.

Dalam sesi tersebut, peserta berpeluang mempraktikkan teknik pembiakan secara langsung selain mempelajari pengurusan tapak semaian yang betul bagi memastikan pertumbuhan anak pokok yang sihat.

Kursus itu dikendalikan oleh pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Amir Sariffudin dan Norhisyam Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhutanan.

Melalui bimbingan mereka, program tersebut berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kompetensi peserta sekali gus memperkukuh pembangunan industri buluh Sarawak ke arah lebih berdaya saing.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warga Kristian PDRM Sarawak anjur sembahyang khas sempena Hari Polis ke-219
Next: JBPM Sarawak tekankan kekuatan pasukan pada kepelbagaian peranan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.