Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat penerbangan India beri amaran operasi hampir ‘lumpuh’ tanpa pelepasan cukai bahan api
  • GLOBAL

Syarikat penerbangan India beri amaran operasi hampir ‘lumpuh’ tanpa pelepasan cukai bahan api

Utusan Sarawak 6 hours ago
SYARIKAT penerbangan India memohon penangguhan sementara duti eksais 11 peratus ke atas bahan api turbin penerbangan (ATF), selain mekanisme harga bahan api yang seragam bagi operasi domestik dan antarabangsa. Foto AGENSI

ISTANBUL: Persekutuan Syarikat Penerbangan India yang mewakili Air India, IndiGo dan SpiceJet memberi amaran bahawa industri penerbangan negara itu di ambang ‘menghentikan operasi’ berikutan peningkatan kos susulan ketegangan di Asia Barat dan gangguan berhampiran Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi memetik Press Trust of India pada Selasa.

Syarikat penerbangan berkenaan memohon penangguhan sementara duti eksais 11 peratus ke atas bahan api turbin penerbangan (ATF), selain mekanisme harga bahan api yang seragam bagi operasi domestik dan antarabangsa.

ATF merangkumi kira-kira 40 peratus daripada kos operasi syarikat penerbangan.

Bulan lepas, kerajaan mengehadkan kenaikan harga ATF kepada 15 rupee India (AS$0.16) seliter bagi penerbangan domestik, manakala harga bagi penerbangan antarabangsa meningkat sebanyak 73 rupee India (AS$0.77) seliter.

“…sebarang penetapan harga secara ad hoc antara operasi domestik dan antarabangsa serta kenaikan harga ATF yang tidak munasabah akan menyebabkan syarikat penerbangan menanggung kerugian besar yang sukar diatasi, sekali gus membawa kepada pesawat tidak dapat beroperasi dan pembatalan penerbangan.

“Bagi memastikan kelangsungan, daya tahan dan kesinambungan operasi, kami memohon campur tangan segera pihak tuan untuk menyediakan sokongan kewangan yang segera dan bermakna bagi mengharungi situasi semasa,” menurut persekutuan itu dalam surat bertarikh 26 April kepada Kementerian Penerbangan Awam.

Syarikat penerbangan itu berkata keadaan berkenaan menyebabkan operasi antarabangsa dan domestik sebahagian besarnya tidak lagi berdaya maju, sekali gus mengakibatkan kerugian besar kepada sektor penerbangan pada April. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Harga minyak mentah global naik mendadak susulan UAE keluar OPEC, OPEC+
Next: AS keluarkan pasport bertema Trump untuk ulang tahun ke-250

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.