Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas Tahap 1 di 14 kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak
  • SEMASA

Cuaca panas Tahap 1 di 14 kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR menunjukkan 14 kawasan di Semenanjung mencatat rekod cuaca pahas Tahap 1. Foto Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga  setakat 6.00 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur serta Selangor melibatkan Gombak dan Sepang.

KAWASAN Limbang, Sarawak mencatatkan rekod cuaca panas Tahap 1. Foto Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)

Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).

Menurut MetMalaysia status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my. – Bernama

DUA kawasan di Sabah iaitu di Beaufort dan Telupid mencatatkan rekod cuaca panas Tahap 1. Foto Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)
Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1MDB: SPRM peroleh perintah larangan transaksi wang AS$1.7 juta di Barbados
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat johan qariah kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.