Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya termasuk Sarawak hingga 12.00 tengah malam
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya termasuk Sarawak hingga 12.00 tengah malam

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara, Putrajaya dan 10 negeri lain hingga 12.00 tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) dan Selangor.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Melaka serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat di Putatan manakala Sarawak keadaan sama dijangka melanda Kuching (Lundu), Serian dan Samarahan (Simunjan).- Bernama

Continue Reading

Previous: AKM penting perkukuh semangat kenegaraan hadapi krisis global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.