Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • James Chai akan ke ibu pejabat SPRM semula esok
  • SEMASA

James Chai akan ke ibu pejabat SPRM semula esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
JAMES Chai akan ke ibu pejabat SPRM semula esok. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai akan dipanggil semula untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan James Chai diminta hadir pada 10.00 pagi.

Beliau berkata, proses mengambil keterangan James Chai hari ini selesai pada 6.30 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM merakam percakapan penganalisis politik, iaitu James Chai yang juga saksi membabitkan siasatan berhubung sebuah projek semikonduktor yang dibiayai kerajaan bernilai sekitar RM1.1 bilion.

Menurut sumber, saksi hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 10.00 pagi tadi dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Pada 1 April lepas, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor itu.

Sebelum itu, pada 16 Februari lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing itu selepas berhenti daripada sebuah kementerian. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2027 bukan sekadar sukan, jadi festival rakyat
Next: 1MDB: SPRM peroleh perintah larangan transaksi wang AS$1.7 juta di Barbados

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.