Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sukan SEA 2027 bukan sekadar sukan, jadi festival rakyat
  • SEMASA

Sukan SEA 2027 bukan sekadar sukan, jadi festival rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DR Mohammed Taufiq Johari berucap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Stadium Sarawak, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Stadium Sarawak akan dihidupkan dengan pelbagai aktiviti seperti festival, jualan, gerai dan pameran bagi memastikan pengunjung tidak hanya tertumpu kepada acara sukan sempena penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari berkata, pendekatan berkenaan merupakan sebahagian daripada konsep penganjuran yang mengangkat temasya itu sebagai festival rakyat yang terbuka dan meriah.

Menurutnya, konsep tersebut dirangka bagi membuka ruang penyertaan lebih luas kepada masyarakat termasuk mereka yang tidak mengikuti acara sukan secara langsung.

Beliau berkata, pengunjung juga berpeluang hadir bersama keluarga untuk bersantai dan menikmati suasana.

Tambah beliau, hasil perbincangan bersama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, beberapa lokasi utama akan diperkasakan dengan pelbagai pengisian sampingan.

Katanya, pendekatan itu diyakini mampu menjadikan temasya dwitahunan tersebut lebih dekat dengan rakyat selain berfungsi sebagai platform sosial yang menghubungkan komuniti pelbagai lapisan serta menyemarakkan lagi kemeriahan Sukan SEA 2027 di Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Sarawak Delta diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark
Next: James Chai akan ke ibu pejabat SPRM semula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.