Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Cita Rasa Borneo di Miri ke arah pentas antarabangsa
  • TEMPATAN

Festival Cita Rasa Borneo di Miri ke arah pentas antarabangsa

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bersama penganjur  pada sidang media Festival Cita Rasa Borneo di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching. Foto Adele Rissa 

PETRA JAYA: Festival Cita Rasa Borneo yang bakal berlangsung di Miri dari 1 hingga 12 Julai ini menyasarkan pengiktirafan Buku Rekod Malaysia bagi penyertaan terbesar persatuan etnik dalam perarakan jalanan di negara ini, yang berpotensi mengangkat kepelbagaian budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran festival tersebut mencerminkan kekuatan Sarawak sebagai negeri berbilang etnik yang hidup harmoni.

“Penyertaan 24 wakil pelbagai kaum termasuk Melayu, Iban, Bidayuh serta komuniti Sikh, Punjabi dan India dalam satu pertemuan hari ini menggambarkan keunikan tersebut.

“Kita mempunyai 34 kumpulan etnik seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri, dan inilah kekuatan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat penganjur Festival Cita Rasa Borneo di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bersama penganjur  pada sidang media Festival Cita Rasa Borneo di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching. Foto Adele Rissa 

Abdul Karim berkata, edisi keempat festival itu menghimpunkan komuniti budaya dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia, selain penyertaan antarabangsa dari Yunnan, China.

“Penyertaan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan budaya serantau, malah membuka ruang kepada diplomasi budaya di peringkat global,” ujarnya.

Beliau berkata, festival itu turut berperanan memelihara dan menghidupkan semula seni, kraf serta amalan tradisional melalui pameran dan pengalaman interaktif.

Antara tarikan utama ialah Kampung Budaya dan Forum yang melibatkan 23 persatuan etnik, menampilkan makanan tradisional, permainan, pakaian dan seni kraf.

“Setiap etnik mempunyai identiti tersendiri dan inilah yang menjadikan Sarawak unik sebagai sebuah ‘melting pot’ budaya,” katanya.

Beliau dijangka menghadiri pelancaran awal pada 3 Julai, sebelum perasmian rasmi pada 4 Julai.

Festival Cita Rasa Borneo bakal berlangsung dari.00 petang hingga 11.00 malam di Parkir Terbuka Boulevard, Miri anjuran Persatuan Cina Sarawak, Majlis Bandaraya Miri dan Pentadbiran Bahagian Miri.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Projek Jambatan Batang Paloh, rekod 35 kali dilanggar kapal, punca kelewatan
Next: Kuching catat sejarah tuan rumah Simposium Serantau CIFA pertama Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.