Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan peperiksaan SVM Kohort 2024 diumum 30 April – KPM
  • PENDIDIKAN

Keputusan peperiksaan SVM Kohort 2024 diumum 30 April – KPM

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2025 (Kohort 2024) akan diumumkan 30 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 16,240 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

“Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SVM Kohort 2024 dari kolej masing-masing mulai 10.00 pagi pada tarikh tersebut,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my mulai 10.00 pagi pada 30 April ini hingga 6.00 petang 6 Mei.

KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon dan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif dan berdaya saing. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak bertuah nikmati pendidikan tinggi percuma melalui FTES
Next: TVET bukan pilihan kedua, mampu jadi sumber kekayaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.