Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 148 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
  • TEMPATAN

148 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
KATEGORI Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), Mahra Salleh mendahului senarai penerima. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 148 individu menerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam satu istiadat penuh istiadat dan tradisi yang berlangsung di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Istiadat berkenaan dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Bagi kategori Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), Mahra Salleh mendahului senarai penerima.

Sementara itu, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), antara penerima ialah Mohamad Shiblie Abang Sapuan, Ida Rohana Othman dan Susan Clement Ingun.

ANTARA penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), Mohamad Shiblie Abang Sapuan. Foto UKAS

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), antara penerima termasuk Charles Benet Ait, Daniel Punang serta Daniel Jok Wan @ Asa Jau, bersama 11 lagi penerima.

Dalam kategori Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), Leftenan Kolonel Ismanizam Ismail mendahului senarai, diikuti Mejar Chester Richard, Mejar Muhammad Adam Carlos Rakem serta 16 penerima lain.

ANTARA penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), Charles Benet Ait. Foto UKAS

Sementara itu, bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), Hudien Yusup turut tersenarai sebagai penerima utama bersama 13 individu lain.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), antara penerima ialah Baie Barang dan Bajung Ambik serta 19 lagi penerima.

RAKAM KENANGAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar bersama penerima pingat. Foto UKAS

Dalam kategori Pingat Pentadbiran Awam, seramai 36 individu menerima anugerah tersebut dengan Sub Inspektor Jimmy Ja-Ih mendahului senarai penerima.

Selain itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) turut menyaksikan seramai 41 individu menerima pengiktirafan.

RAKAM KENANGAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bergambar bersama penerima pingat. Foto UKAS

Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan sumbangan cemerlang para penerima dalam pelbagai bidang demi pembangunan serta kesejahteraan Sarawak. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak hargai petugas jagaan warga emas melalui insentif khas RM200 sebulanĀ 
Next: Program SPANS Bario buka lebih banyak peluang belia pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.