Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • EnCon 2026 perkukuh peranan kejuruteraan sebagai pemacu inovasi masyarakat
  • TEMPATAN

EnCon 2026 perkukuh peranan kejuruteraan sebagai pemacu inovasi masyarakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
 PREMIER Sarawak berucap pada Majlis perasmian EnCon 2026 di sebuah hotel terkemuka, Kuching.

KUCHING: Persidangan Kejuruteraan Antarabangsa Unimas ke-16 (EnCon 2026) terus memainkan peranan penting sebagai platform pertukaran ilmu dan inovasi dalam memperkasa industri serta masyarakat melalui kejuruteraan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sejak diperkenalkan pada 2007, persidangan itu telah membina legasi kukuh dalam perkongsian ilmu yang kini menjangkau hampir dua dekad.

“Kita berkumpul hari ini untuk meraikan legasi pertukaran ilmiah yang telah berkembang sejak ia bermula pada 2007, hampir dua dekad lalu.

“Acara utama yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan ini telah menjadi jambatan penting antara teori dan amalan, serta antara makmal dan kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada EnCon 2026, di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

SESI pertukaran memorandum persefahaman (MoU) disaksikan oleh Premier Sarawak.

Mengulas lanjut, tema tahun ini ‘Memperkasa Industri Dan Masyarakat Melalui Inovasi Kejuruteraan’ bukan sekadar tajuk, tetapi satu seruan untuk bertindak.

“Ia mencerminkan bahawa kejuruteraan bukan hanya berkaitan mesin dan struktur, tetapi tentang manusia itu sendiri.

“Persidangan seperti EnCon amat signifikan dalam menghimpunkan kepakaran bagi menghasilkan penyelesaian inovatif yang memberi impak langsung kepada masyarakat.

“Dengan latar belakang itu, saya berharap persidangan ini mencapai hasil yang bermakna dan memberi manfaat kepada semua,” ujarnya.

Persidangan anjuran Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada ahli akademik, pemain industri serta delegasi antarabangsa. 

Sepanjang tiga hari penganjuran, lebih 150 pembentangan teknikal bakal dibentangkan melibatkan penyertaan dari pelbagai negara termasuk Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Australia, United Kingdom, Pakistan, Uzbekistan dan Korea Selatan.

Sejak diperkenalkan pada 2007, EnCon menjadi platform utama bagi penyelidik, jurutera dan pelajar pascasiswazah untuk berkongsi dapatan kajian, memperluas jaringan kerjasama serta membangunkan penyelesaian terhadap cabaran semasa dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Prototaip GTE KIWMP ubah sisa kepada tenaga elektrik
Next: Sarawak hargai petugas jagaan warga emas melalui insentif khas RM200 sebulan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.