Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AZAM Young Souls cipta nama di pentas antarabangsa, wakil Sarawak ke Filipina
  • SEMASA

AZAM Young Souls cipta nama di pentas antarabangsa, wakil Sarawak ke Filipina

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENGURUS Komunikasi Strategik, Media dan Perhubungan Belia, Encik Hassnal Hakim, bersama Presiden AZAM Young Souls (AYS) Mohamad Isma, Presiden AYS Toastmasters Club Ryshaune Lee, serta ahli-ahli AYS Toastmasters Club.

KUALA LUMPUR: AZAM Young Souls (AYS) Toastmasters Club terus mengharumkan nama Sarawak apabila empat wakilnya dipilih menyertai Persidangan Tahunan Toastmasters Antarabangsa District 75 2026 di Pampanga, Filipina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, penyertaan itu bukan sekadar menghadiri persidangan antarabangsa, tetapi satu langkah penting dalam membentuk belia Sarawak yang berkeyakinan dan berdaya saing di peringkat global.

“Ini bukan sekadar perjalanan ke luar negara, tetapi satu usaha bermakna dalam melahirkan belia yang berani, berdaya tahan dan mampu membawa nama Sarawak ke pentas dunia. 

“Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan AZAM Sarawak dalam membangunkan generasi muda yang kompetitif serta mempunyai keupayaan kepimpinan dan komunikasi yang tinggi.

“Pengiktirafan AYS sebagai antara kelab berprestasi tinggi di District 87 turut membuktikan keupayaan mereka dalam melahirkan ahli yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Strategik, Media dan Perhubungan Belia AZAM Sarawak, Mohd Hassnal Hakim Junaidi berkata, kejayaan tersebut memperlihatkan potensi besar belia Sarawak di pentas antarabangsa.

“AYS menjadi platform untuk mencungkil, memperkukuh dan mengangkat suara belia. 

“Kehadiran mereka di peringkat antarabangsa membuktikan belia Sarawak mempunyai bakat, disiplin dan keberanian untuk bersaing di mana sahaja

“Penyertaan ke Filipina juga memberi peluang kepada wakil AYS untuk menimba pengalaman secara langsung dalam persidangan District 75 selain memahami kepelbagaian budaya dan gaya komunikasi global,” ujarnya.

Empat wakil yang terpilih ialah Presiden AYS Toastmasters Club 2025/2026 Ryshaune Lee, Setiausaha Arwen Zahra Raees, Naib Presiden Pendidikan Claire Ngei Xing En serta ahli kelab Mohamad Isma.

Kesemua mereka dijemput sebagai peserta khas susulan pencapaian AYS sebagai salah satu kelab terbaik di District 87, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak di peringkat serantau.

Untuk rekod, AYS sebelum ini telah mencipta penampilan sulung di peringkat antarabangsa pada Persidangan Tahunan Toastmasters ke-15 2025 di Bandung, Indonesia, yang membuka peluang kepada wakil belia Sarawak memperluas jaringan serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

Persidangan tahunan tersebut merupakan antara platform utama Toastmasters yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara melalui pertandingan pidato, bengkel pendidikan dan sesi jaringan profesional.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kuota BUDI95 kekal 200 liter sebulan buat masa ini – Muhammad Kamil
Next: Naik taraf fasiliti Sukan SEA 2027 berjalan lancar mengikut jadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.