Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut salji luar biasa landa Moscow, pecah rekod cuaca
  • GLOBAL

Ribut salji luar biasa landa Moscow, pecah rekod cuaca

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG pekerja komuniti mengendalikan traktor bagi membersihkan salji di sebatang jalan ketika ribut salji pada 27 April 2026 di Moscow. Foto AFP

MOSCOW: Bandar raya Moscow dilanda ribut salji luar biasa semalam, sekali gus memecahkan beberapa rekod cuaca serta menyebabkan gangguan meluas di ibu negara Rusia dan kawasan sekitarnya.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan kira-kira 50 pokok tumbang akibat salji yang lebat serta angin kencang. Talian elektrik turut terjejas.

Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata perkhidmatan bandar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga yang tinggi, sambil memberi amaran keadaan cuaca dijangka bertambah buruk termasuk tiupan angin kencang sehingga 23 meter sesaat.

SEPOHON pokok tumbang ketika ribut salji melanda Moscow pada 27 April 2026. Foto AFP

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga dengan ribut salji dan keadaan berais dijangka berlaku.

Ahli meteorologi Mikhail Leus, pakar utama di Pusat Cuaca Fobos berkata ketebalan salji mencecah 12 sentimeter (sm) pada waktu pagi, melepasi rekod sebelum ini iaitu 10 sm yang dicatatkan 55 tahun lepas.

Jumlah hujan salji semalaman pula mencapai 16 milimeter, mengatasi rekod sejak 1880. Tekanan atmosfera juga jatuh ke paras terendah direkodkan.

Perkhidmatan pengangkutan turut terganggu, dengan kelewatan dilaporkan pada perkhidmatan kereta api dan di lapangan terbang.

SEORANG penghantar makanan melalui sebatang pokok yang tumbang menimpa sebuah kereta ketika ribut salji di Moscow. Foto AFP

Bandar itu menggantung perkhidmatan sewa skuter elektrik dan kereta perkongsian yang menggunakan tayar musim panas, serta menggesa penduduk menggunakan pengangkutan awam dan mengelakkan perjalanan tidak perlu.

Kebanyakan taman awam turut ditutup atas faktor keselamatan. Ramalan cuaca menjangkakan salji akan berkurangan menjelang petang namun berterusan sehingga Selasa. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua maut, beberapa cedera selepas ribut landa utara Texas
Next: Wanita hamil lahirkan bayi dalam penerbangan Delta Air Lines

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.