Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan di Iwate terus merebak, 1,370 hektar terjejas
  • GLOBAL

Kebakaran hutan di Iwate terus merebak, 1,370 hektar terjejas

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan tugas ketika kebakaran hutan terus merebak di Otsuchi, Wilayah Iwate, Jepun.

MORIOKA: Kebakaran hutan di wilayah Iwate, timur laut Jepun terus merebak, dengan 1,370 hektar kawasan dilaporkan musnah setakat semalam, lapor Jiji Press.

Kira-kira 1,500 anggota bomba dan petugas kecemasan dikerah ke bandar Otsuchi, namun kebakaran masih belum dapat dikawal, menurut pegawai bandar.

Arahan pemindahan dikeluarkan terhadap 1,500 isi rumah, melibatkan sekitar 3,200 penduduk atau hampir 30 peratus daripada populasi bandar berkenaan.

Setakat semalam, 200 penduduk berlindung di tujuh pusat pemindahan. Sebuah lagi pusat perlindungan turut dibuka pada hari sama bagi membolehkan penduduk membawa haiwan peliharaan masing-masing.

Kebakaran di kawasan hutan pergunungan itu mula dikesan pada Rabu, dengan satu kes dilaporkan pada 1.50 tengah hari di daerah Kozuchi dan satu lagi 4.30 petang di daerah Kirikiri. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bom lama ditemukan di lapangan terbang utama Filipina – Media tempatan
Next: Kempen “Tiada Visa, Tiada Haji” dilancar untuk perkukuh keselamatan, kemaslahatan jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.