Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tadika Perpaduan Kampung Pulau Melayu dinaik taraf, lebih selesa dan selamat
  • Utara
  • WILAYAH

Tadika Perpaduan Kampung Pulau Melayu dinaik taraf, lebih selesa dan selamat

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIAP…Tadika Perpaduan Kampung Pulau Melayu di sini telah siap sepenuhnya dan diserahkan pada 16 April lalu.

MIRI: Projek naik taraf Tadika Perpaduan Kampung Pulau Melayu di sini telah siap sepenuhnya dan diserahkan pada 16 April lalu, sekali gus memberi persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan selamat kepada kanak-kanak.

Projek tersebut melibatkan kerja penukaran serta baik pulih siling luar bangunan tadika bagi memastikan struktur premis berada dalam keadaan lebih baik dan kondusif untuk kegunaan harian.

Majlis penyerahan projek siap itu disaksikan wakil Pasukan Pusat Khidmat P.219 Miri bagi pihak Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, selain turut dihadiri wakil Unit Pembangunan Sarawak ICU Bahagian Miri serta Pegawai Perpaduan Bahagian Miri, Wilfred Ugap.

Menurut Chiew, walaupun projek berkenaan berskala kecil, ia memberi impak besar terhadap keselesaan serta keselamatan kanak-kanak dan tenaga pengajar di tadika tersebut.

“Usaha penambahbaikan seperti ini penting bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.

“Kita mahu pastikan kemudahan asas seperti ini sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi pelaksana dan kontraktor yang berjaya menyiapkan projek berkenaan dengan lancar.

Tambahnya, tadika perpaduan memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak selain menjadi medium memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen untuk terus memberi perhatian terhadap keperluan kemudahan awam di kawasan Miri, khususnya melibatkan aspek pendidikan dan kebajikan masyarakat.

“Usaha seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya kemudahan yang digunakan oleh masyarakat sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Naik taraf sistem saliran Taman Tiara bernilai RM6.7 juta atasi isu banjir
Next: Program Amanita IPD Lubok Antu perkasa kesedaran keselamatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.