Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peranan KMKK semakin penting sebagai ‘jambatan’ penghubung rakyat dengan pemimpin dan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

Peranan KMKK semakin penting sebagai ‘jambatan’ penghubung rakyat dengan pemimpin dan kerajaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
HARGAI SUMBANGAN…Awang Tengah kelihatan memeluk seorang Ketua Kampung daripada Awat-awat pada penyampaian sijil penghargaan atas jasa mereka.

LAWAS: Peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai ‘jambatan’ semakin penting dalam menghubungkan rakyat akar umbi dengan kerajaan serta pemimpin.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, KMKK perlu lebih bertanggungjawab dalam memainkan peranan menyalurkan input mengenai keperluan rakyat di kawasan masing-masing kepada kerajaan.

Beliau berkata, segala input berkaitan keperluan rakyat amat penting bagi membantu kerajaan merancang pembangunan yang memberi impak secara langsung kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

HARGAI SUMBANGAN…Awang Tengah kelihatan memeluk seorang Ketua Kampung daripada Awat-awat pada penyampaian sijil penghargaan atas jasa mereka.

“Kita juga perlu memberi cadangan dan input serta membawa permasalahan yang dihadapi penduduk di kampung dan rumah panjang di kawasan tertentu untuk dibincangkan bersama jabatan berkaitan.

“Kita selesaikan mana yang mampu, dan bagi yang belum dapat diselesaikan, kita rancang langkah untuk memperbaiki serta melaksanakannya. Ini semua memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada majlis Ramah Mesra Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Lawas di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, semalam.

HARGAI SUMBANGAN…Awang Tengah kelihatan memeluk seorang Ketua Kampung daripada Awat-awat pada penyampaian sijil penghargaan atas jasa mereka.

Beliau mengakui bahawa sebagai wakil rakyat, tidak semua keperluan setiap individu dapat dikenal pasti.

“Hanya melalui input dan perjumpaan secara langsung di kawasan atau kampung dapat memberikan maklumat penting untuk membela kebajikan serta meningkatkan taraf kehidupan rakyat,” ujarnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Datuk Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pemangku Residen Bahagian Limbang Marie Rozita Kulai, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan, Temenggong Rosli Majid serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendekatan turun padang terus jadi keutamaan santuni penduduk rumah panjang
Next: Ibu bapa digesa kawal penggunaan gajet anak-anak pastikan teknologi berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.