
KUCHING: KPDN Sarawak dan JPJ Sarawak berjaya melaksanakan Ops Tiris 4.0 di Kuching dengan mengesan sebuah lori yang telah diubah suai untuk membawa diesel dianggarkan antara 600 hingga 700 liter semalam.
Kenderaan tersebut dikesan dan tindakan telah diambil oleh pihak KPDN, dengan lori berkenaan seterusnya disita untuk siasatan lanjut.
Dalam operasi yang sama, pihak JPJ turut menahan dan menyita lori tersebut atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Operasi ini melibatkan dua lokasi utama iaitu di Jalan Tun Salahuddin Tol dan Jalan Kuching Serian Batu 8.


Operasi ini diketuai oleh Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin bersama 15 anggota, manakala pasukan JPJ diketuai oleh Ketua Seksyen Operasi Saifullah Ali bersama enam anggota.
Menurut Matthew, operasi ini mencerminkan komitmen tinggi serta kerjasama strategik antara agensi dalam membanteras aktiviti penyelewengan dan memastikan pematuhan undang undang sentiasa dipatuhi.
JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada KPDN Sarawak atas kerjasama erat dalam menjayakan operasi ini bagi memastikan keselamatan, ketelusan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Oleh Connie Chieng

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau
SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat dalam kes curi rim, kabel di Matang
KUCHING, 20 Oktober: Dua lelaki ditahan oleh pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bagi membantu siasatan berhubung kes

Berang ditegur kerap mabuk, lelaki ditahan pukul isteri dan anak di Gerigat
KABONG, 19 Oktober: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan polis selepas disyaki memukul isteri dan anak lelakinya yang berusia

Polis Kuching tahan 13 motosikal, keluarkan 43 saman dalam Op Motosikal
KUCHING, 18 Oktober: Sebanyak 13 motosikal ditahan manakala 43 saman trafik dikeluarkan dalam Op Motosikal bagi membanteras kegiatan samseng jalanan
