Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan Terbang Imam Khomeini Iran sambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa
  • GLOBAL

Lapangan Terbang Imam Khomeini Iran sambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAPANGAN Terbang Imam Khomeini Iran sambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa. Foto agensi

ISTANBUL: Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran menyambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa pada pagi Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar negara Iran IRIB.

Penerbangan pertama yang berlepas dari Tehran menuju ke Istanbul, Muscat dan Madinah.

Penyambungan semula itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Imam Khomeini Airport City, Ramin Kashef Azar memaklumkan kepada Agensi Berita Buruh Iran (ILNA) pada Jumaat bahawa penerbangan penumpang asing akan disambung semula pada Sabtu.

Pergerakan trafik udara sebelum ini sebahagian besarnya terganggu susulan tercetusnya perang pada 28 Februari, apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, yang mendorong serangan balas oleh Tehran.

Perang itu ditangguhkan sejak 8 April di bawah gencatan senjata yang dimediasi Pakistan.

Washington dan Tehran mengadakan rundingan di Pakistan dua minggu lalu, dengan usaha sedang dijalankan bagi mengatur satu lagi pusingan rundingan baharu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi kini berada di Islamabad, manakala utusan AS Steve Witkoff dan Jared Kushner turut dalam perjalanan ke ibu negara Pakistan itu. Bagaimanapun, kemungkinan penyambungan segera rundingan secara langsung adalah tipis. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Haji: Suhu melebihi 40 darjah Celsius dijangka uji ketahanan jemaah di Arafah
Next: Rangkaian sushi Jepun cipta Rekod Dunia Guinness bagi tuna termahal dalam lelongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.