Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Haji: Suhu melebihi 40 darjah Celsius dijangka uji ketahanan jemaah di Arafah
  • GLOBAL

Haji: Suhu melebihi 40 darjah Celsius dijangka uji ketahanan jemaah di Arafah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUHU mencecah 40°C dijangka uji ketahanan jemaah haji di Arafah. Foto fail

MAKKAH: Cuaca panas dengan suhu dijangka melebihi 40 darjah Celsius sepanjang musim haji tahun ini, berpotensi menguji ketahanan fizikal jemaah khususnya ketika kemuncak ibadah di Arafah.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata keadaan cuaca panas melampau itu, boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti dehidrasi dan strok haba sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Jemaah perlu bersedia menghadapi suhu tinggi dengan memastikan pengambilan air mencukupi serta mengehadkan aktiviti luar yang tidak perlu, ketika waktu puncak panas.

“Dalam keadaan suhu yang boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, jemaah perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Jemaah Haji Malaysia KT01 di Mekah bagi Musim Haji 1447/2026 pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan jemaah supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti pening, loya, keletihan melampau atau kekeliruan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Musim haji 2024 telah merekodkan antara suhu tertinggi dalam sejarah, dengan bacaan mencecah 51.2 darjah Celsius, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai tahap cuaca panas ekstrem yang dihadapi jemaah.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pendakwa khas mohon hukuman penjara 30 tahun untuk bekas Presiden Yoon
Next: Lapangan Terbang Imam Khomeini Iran sambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.