Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Rakan Bumi tingkat kesedaran belia terhadap kelestarian alam
  • PENDIDIKAN

Program Rakan Bumi tingkat kesedaran belia terhadap kelestarian alam

Utusan Sarawak 8 hours ago
SIMBOLIK… Hafizah Dahlan melakukan simbolik perasmian Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Sarawak 2026, bertempat di Taman Lalulintas MDS, Kampung Seberang Sarikei, hari ini.

SARIKEI: Tanggungjawab memelihara kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Hafizah Dahlan, berkata Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Sarawak 2026 bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, khususnya para belia mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kehidupan seharian.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman semua, khususnya para belia mengenai kelestarian alam. Tanggungjawab menjaga dan memelihara planet bumi adalah tanggungjawab bersama.

HAFIZAH melawat ke stesen aktiviti model pertandingan teknologi hijau.

“Pilihlah untuk menjadi penduduk bumi yang bukan sahaja menggunakan alam untuk kelangsungan hidup, malah menjadikan alam semula jadi tempat yang aman dan bersih untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program tersebut, bertempat di Taman Lalulintas Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kampung Seberang Sarikei, hari ini.

Katanya, penglibatan aktif golongan belia amat penting bagi melahirkan generasi muda yang lebih bertanggungjawab serta peka terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dalam komuniti masing-masing.

ANTARA peserta dari sekolah menengah yang menyertai pertandingan teknologi hijau.

Program tersebut turut menjadi platform bagi memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta melalui penyertaan secara langsung dalam aktiviti berteraskan kelestarian alam sekitar.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan termasuk senamrobik Rakan Muda Aktif yang berjaya menarik penyertaan belia setempat.

Selain itu, pertandingan model teknologi hijau turut dianjurkan bagi menggalakkan kreativiti dan inovasi peserta dalam menghasilkan idea berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kesedaran penjagaan alam sekitar diperkukuh melalui penyertaan belia
Next: Program kesedaran kebakaran latih warga SK Sungai Mador hadapi kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.