Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tiris 4.0: APMM periksa 21 premis, satu tangkapan
  • JENAYAH

Ops Tiris 4.0: APMM periksa 21 premis, satu tangkapan

Utusan Sarawak 5 hours ago
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Manis ketika pelaksanaan Ops Tiris 4.0 di perairan Sarawak.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Manis memeriksa 21 premis dan vesel sepanjang pelaksanaan Ops Tiris 4.0 dari 10 April di perairan Sarawak.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Mahkos Juing berkata operasi itu memberi tumpuan kepada pengesanan aktiviti penyelewengan diesel dan petrol yang boleh menjejaskan bekalan domestik serta kestabilan ekonomi negara.

“Dalam operasi enam hari yang meliputi perairan Tanjung Manis dan Sungai Rajang, satu tangkapan direkodkan membabitkan nilai sitaan hampir RM35,000 manakala dua lagi dikenakan amaran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Ketegangan geopolitik global memberi tekanan kepada pasaran tenaga, justeru penguatkuasaan terhadap penyeludupan bahan bersubsidi dipergiat bagi memastikan bekalan negara kekal mencukupi dan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mahkos berkata pelaksanaan Ops Tiris 4.0 akan diteruskan secara berfasa oleh agensi terlibat bagi memastikan kawalan serta pemantauan di laut kekal pada tahap optimum.

Beliau berkata kerjasama strategik antara APMM dan KPDN akan terus diperkukuh bagi memastikan objektif operasi tercapai sekali gus melindungi kepentingan komuniti maritim serta menjamin keselamatan perairan negara.

Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau sebarang kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis 011-3572 8765 atau Pusat Operasi Maritim Sarawak 082-432544 untuk tindakan segera. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Vesel langgar lesen, empat kru dicekup di Kuala Baram
Next: Ops Selera: Lapan warga asing ditahan di Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.