Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Stuttgart tewaskan Freiburg selepas masa tambahan, mara ke final Piala Jerman
  • SUKAN

Stuttgart tewaskan Freiburg selepas masa tambahan, mara ke final Piala Jerman

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENYERANG Jerman Stuttgart #18 Jamie Leweling dan penyerang Bosnia Stuttgart #09 Ermedin Demirovic meraikan selepas perlawanan separuh akhir Piala Jerman (DFB-Pokal) antara VfB Stuttgart dan FC Freiburg di Stuttgart, pada 23 April 2026. Foto AFP

BERLIN: Penyandang juara VfB Stuttgart sekali lagi mara ke final Piala Jerman selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Freiburg selepas masa tambahan pada Rabu malam, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tiago Tomas menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir masa tambahan sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

Freiburg mendahului menerusi jaringan Maximilian Eggestein pada minit ke-28, namun Deniz Undav menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-70.

Stuttgart kini berpeluang mempertahankan gelaran apabila akan menentang juara rekod Bayern Munich pada 23 Mei di Berlin.

Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 pada Selasa.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: SIPR berpotensi jadi identiti sukan antarabangsa Sibu
Next: Thinaah mahu harungi cabaran Piala Uber dengan tenang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.