Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM sita aset tak alih RM18.36 juta dalam siasatan dana NGO
  • JENAYAH

SPRM sita aset tak alih RM18.36 juta dalam siasatan dana NGO

Utusan Sarawak 16 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset tak alih dianggarkan bernilai RM18.36 juta melibatkan 14 hartanah, susulan siasatan kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

SPRM menerusi hantaran di TikTok memaklumkan, sitaan itu merangkumi tujuh rumah kediaman bernilai RM15.53 juta termasuk sebuah banglo bernilai RM10 juta, tiga ruang pejabat bernilai RM1.53 juta serta empat lot tanah bernilai RM1.3 juta di Kundang, Marang dan Temasya Glenmarie.

“Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM18.36 juta berdasarkan nilai pasaran semasa,” menurut hantaran itu.

Difahamkan sitaan berkenaan dilaksanakan bagi membantu siasatan lanjut berkaitan dakwaan penyelewengan dana NGO terbabit.

Semalam, SPRM mengesahkan kes berkenaan melibatkan penyelewengan kira-kira RM230 juta daripada sumbangan orang awam dan bukan dana zakat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan mendapati NGO itu menerima dana daripada pelbagai sumber, termasuk komisen daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

Dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an, termasuk seorang timbalan pengerusi NGO, direman empat hari hingga 25 April, selepas ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-Bernama  

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah, miliki dua rekod lampau ditahan polis 
Next: Ugut bunuh adik guna parang, abang dicekup di Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.