Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pekebun kecil Bukit Begunan diperkasa menerusi pertanian mampan dan iklim pintar
  • Tengah
  • WILAYAH

Pekebun kecil Bukit Begunan diperkasa menerusi pertanian mampan dan iklim pintar

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Mong Dagang pada program bertemakan Inisiatif Nasional Pekebun Kelapa Sawit Mampan dan Iklim Pintar yang diadakan di Dewan Datuk Mong, Gua, hari ini. Foto: ADUN Bukit Begunan

​SRI AMAN: Pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Bukit Begunan kini diberi nafas baharu dalam mendepani cabaran industri pertanian melalui penganjuran program berimpak tinggi yang memfokuskan kepada kelestarian alam dan ketahanan ekonomi.

​Satu program bertemakan Inisiatif Nasional Pekebun Kelapa Sawit Mampan dan Iklim Pintar telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kongres Kebangsaan Dayak serta Solidaridad Malaysia di Dewan Datuk Mong, Gua, hari ini.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, inisiatif ini sangat bertepatan pada waktunya bagi memastikan warga tani di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan sektor komoditi negara.

​Beliau menjelaskan bahawa program tersebut bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pekebun kecil agar terus berdaya saing dalam industri pertanian yang semakin mencabar, khususnya dalam menghadapi isu perubahan iklim yang tidak menentu.

​Menurut beliau lagi, penerapan amalan pertanian mampan bukan sekadar memenuhi tuntutan pasaran global, malah merupakan langkah proaktif dalam menjaga kebajikan pekebun untuk jangka masa panjang.

PEKEBUN kecil kelapa sawit di kawasan Bukit Begunan yang turut hadir ke program Inisiatif Nasional Pekebun Kelapa Sawit Mampan dan Iklim Pintar yang diadakan di Dewan Datuk Mong, Gua. Foto: ADUN Bukit Begunan

Selain itu, program ini turut menyediakan sesi penerangan yang komprehensif kepada para peserta mengenai teknik pengurusan kebun yang lebih efisien, mesra alam, serta selaras dengan piawaian amalan kelestarian antarabangsa.

​Peserta juga diberi pendedahan mendalam untuk memahami kepentingan pendekatan “iklim pintar” yang bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran sawit secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

​Menariknya, sesi dialog dua hala turut diadakan bagi memberi ruang kepada pekebun kecil untuk mengemukakan pelbagai persoalan dan cabaran realistik yang mereka hadapi di lapangan, termasuk isu kos operasi yang kian meningkat serta impak cuaca ekstrem terhadap hasil tanaman.

​Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat membantu para pekebun kecil meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh jaringan sokongan, sekali gus memperkasa komuniti luar bandar ke arah sektor pertanian yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chee Kadir ziarah Ketua Kaum Kampung Sungai Benang jalani pemulihan
Next: IPD Saratok laksana penguatkuasaan menyeluruh, tiada hari tanpa tangkapan di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.