Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tumpahan tanah di Jalan Lapangan Terbang Kuching cetus kebimbangan keselamatan
  • TEMPATAN

Tumpahan tanah di Jalan Lapangan Terbang Kuching cetus kebimbangan keselamatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGERUSI LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian memberi amaran bahawa tumpahan tanah di jalan raya boleh menyebabkan permukaan licin dan membahayakan pengguna jalan raya.

KUCHING: Sebuah lori membawa muatan tanah dilaporkan menjatuhkan dua tompokan tanah di Jalan Lapangan Terbang Kuching sekitar 3.30 petang tadi, sekali gus menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.

Pemandu yang menuju ke arah lapangan terbang memaklumkan terdapat satu tompokan tanah hitam sebelum lampu isyarat dan satu lagi selepas persimpangan tersebut.

Bagaimanapun, kejadian itu berlaku di luar waktu puncak, menyebabkan pengguna jalan raya masih dapat mengelak kawasan terjejas tanpa gangguan besar.

Ketika dihubungi, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian menegaskan bahawa semua lori yang membawa bahan seperti tanah, pasir atau batu diwajibkan menggunakan penutup kanvas.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dan polis boleh mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan pemuatan tidak selamat, termasuk muatan berlebihan atau kegagalan menutup muatan dengan sempurna.

PENGERUSI LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian memberi amaran bahawa tumpahan tanah di jalan raya boleh menyebabkan permukaan licin dan membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam kes tumpahan yang menyebabkan kekotoran atau bahaya di jalan awam, beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab penguatkuasaan dan kerja pembersihan terletak di bawah pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tambahnya, pihak majlis juga boleh mengeluarkan surat amaran dan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan kebersihan bagi kesalahan membuang kotoran atau menyebabkan kekacauan di tempat awam.

Beliau turut menggesa semua pengendali kenderaan berat memastikan muatan tidak berlebihan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KPDN percepat tindakan undang-undang di bawah kesalahan AKB 1961 – KPDN
Next: Suasana pilu menyelubungi upacara penghormatan terakhir jasad mendiang Lau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.