Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suasana pilu menyelubungi upacara penghormatan terakhir jasad mendiang Lau
  • TEMPATAN

Suasana pilu menyelubungi upacara penghormatan terakhir jasad mendiang Lau

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIONG…Bersama rombongan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Lau, petang ini.

SIBU: Suasana pilu menyelubungi upacara penghormatan terakhir jasad Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI), mendiang Datuk Lau Cheng Kiong di kediamannya di No. 7 Jalan Sebuyau, di sini hari ini.

Beratus-ratus orang termasuk ahli keluarga, rakan dan kenalan memenuhi kediaman mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Antara yang hadir memberi penghormatan ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing yang terbang khas ke Sibu bersama rombongannya.

Tiong yang juga Presiden PDP menyifatkan pemergian mendiang Lau sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat, komuniti Cina serta komuniti perniagaan.

Menurutnya, mendiang banyak menabur bakti melalui kerja-kerja kebajikan serta usaha membantu memajukan masyarakat setempat.

“Lau sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, sama ada dalam hal ehwal persatuan mahupun kerja-kerja amal.

“Sesungguhnya, pemergiannya adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada komuniti di Sibu, tetapi juga kepada negeri secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui pemberita, petang tadi.

Tiong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Lau.

Mendiang Lau yang juga bapa kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Taiwan ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Mendiang turut memegang jawatan Pengerusi PDP Pelawan.

Upacara pengebumian akan diadakan esok di Taman Memorial Nirvana pada jam 8 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) yang juga Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Henry Harry Jinep, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Roland Duat Jubin, ahli-ahli cawangan Parti Demokratik Progresif (PDP), United Chinese Association (UCA), Sarawak Pan Cheng Lau Association serta pelbagai persatuan, pertubuhan dan klan lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tumpahan tanah di Jalan Lapangan Terbang Kuching cetus kebimbangan keselamatan
Next: KKR dan Ombudsman Sarawak perkukuh kerjasama tangani aduan infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.