Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM tahan pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta
  • JENAYAH

SPRM tahan pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta

Utusan Sarawak 13 hours ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 8.00 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengerusi NGO disyaki melakukan perbuatan tersebut pada September 2022 hingga kini.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya,” katanya.

Susulan siasatan tersebut, sumber itu memaklumkan SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun yang terdiri daripada tiga akaun bank persendirian, tiga akaun bank NGO dan sembilan akaun bank syarikat dengan nilai berjumlah kira-kira RM16.5 juta.

Selain itu, SPRM menyita wang tunai sebanyak RM6,576 serta mata wang asing Riyal 95,568 dan Dolar Singapura SGD795.

Turut disita, tiga jam tangan bernilai kira-kira RM5,000; tiga beg tangan bernilai kira-kira RM3,000; lima gelang tangan bernilai kira-kira RM26,000; sebentuk cincin bernilai kira-kira RM2,000; seutas rantai bernilai kira-kira RM7,000; dan 51 keping emas seberat satu gram bernilai kira-kira RM31,000.

Menurut sumber, perintah reman selama lima hari sehingga 26 April terhadap lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis tumpas sindiket kontraban, rampas rokok dan arak di Bintulu
Next: Tangkapan kes dadah di Bintulu meningkat 133 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.