Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dua jenis dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor
  • JENAYAH

Lelaki positif dua jenis dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK mempunyai dua rekod lampau bersabit jenayah dadah ditahan oleh pihak polis pada semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas polis mengesan penglibatannya dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Tapis yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek ditahan kira-kira 9.30 pagi oleh sepasukan Pasukan Khas IPD Meradong sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat BSJND Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, didapati suspek mempunyai dua rekod bersabit jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous:
Kencing positif dadah, tiga lelaki ditahan polis
Next: Dua lelaki ditahan, dalangi tiga kes pecah rumah di Kabong demi dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.