Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kencing positif dadah, tiga lelaki ditahan polis
  • JENAYAH


Kencing positif dadah, tiga lelaki ditahan polis

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIGA TANGKAPAN…Tiga individu positif dadah ditangkap di Lawas.  

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam kejadian petang semalam di tepi jalan Punang, Lawas, sepasukan polis menahan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 21 dan 23 tahun yang tidak bekerja kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan badan dan motosikal tidak menemui sebarang barang salah atau dadah.

“Namun, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod lampau mendapati setiap suspek mempunyai satu kesalahan berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian berasingan pada petang semalam di bandar Lawas, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang tidak bekerja kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang barang salah atau dadah.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, namun semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau,” katanya.

Kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seleweng dana zakat RM230 juta, SPRM tahan tiga individu termasuk Timbalan Pengerusi NGO
Next: Lelaki positif dua jenis dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.