Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Skim Pinjaman Rumah Panjang HDC realisasikan pembinaan baharu Rumah Angelisa
  • Tengah
  • WILAYAH

Skim Pinjaman Rumah Panjang HDC realisasikan pembinaan baharu Rumah Angelisa

Utusan Sarawak 10 hours ago
TUAI Rumah Angelisa. Foto UKAS

SARIKEI: Pembinaan baharu Rumah Angelisa sepanjang 15 pintu direalisasikan menerusi kemudahan Skim Pinjaman Rumah Panjang Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) berjumlah keseluruhan RM450,000.

Projek pembinaan semula rumah panjang tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang sambutan Gawai tahun depan.

Tuai Rumah Angelisa berkata, pembinaan semula kediaman tersebut membawa perubahan ketara kepada kehidupan penduduk yang sebelum ini mendiami struktur lama yang uzur dan berisiko dari segi keselamatan, khususnya kepada golongan warga emas dan kanak-kanak.

 PEMBINAAN baharu Rumah Angelisa berada di fasa akhir dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan. Foto UKAS

“Sebelum ini, keadaan rumah kami usang sekali gus menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan, terutama kepada golongan warga emas dan kanak-kanak.

“Justeru itu, saya bersyukur kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan, malah membantu golongan berpendapatan rendah menikmati kediaman yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

 PEMBINAAN baharu Rumah Angelisa berada di fasa akhir dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan. Foto UKAS

Katanya, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan masyarakat luar bandar turut menikmati kemudahan perumahan yang lebih berkualiti dan selamat. 

“Bagi saya, ini adalah hadiah paling bermakna buat seluruh penghuni rumah panjang ini,” katanya.

Tambahnya, selain kemudahan pinjaman melalui HDC, projek pembinaan semula rumah panjang tersebut turut disokong melalui pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) sebagai sebahagian usaha berterusan memperkasa pembangunan kawasan luar bandar.

 PEMBINAAN baharu Rumah Angelisa berada di fasa akhir dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan. Foto UKAS

“Projek tersebut berada pada fasa akhir pelaksanaan dan ia sangat memberi kelegaan kepada kami.

“Selain itu, bantuan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turut membantu meringankan kos pembelian bahan binaan dan sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

“Kami juga sangat berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan berterusan terhadap kebajikan rakyat di kawasan luar bandar,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan GPS terus pastikan pembangunan luar bandar dinikmati masyarakat rumah panjang
Next: Kemarau: JPBBM Miri perketat pemantauan, larangan bakar terbuka dikuat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.